Vanguard Princess In Forum: Gamers Heaven Posted on Fri Jan 01, 2010 4:53 am By eek-1
Rata-rata permainan doujin Jepun yang kita nampak dan main semuanya sama; Samada segi jenis permainan, dialog panjangnya, para wataknya (99% awekz 1% mamat), suaranya yg budak comey gitu, muzik J-Rock nya dan sebagainya. Tetapi dalam purata mungkin ada satu-dua yang berkualiti. Tambahan pula percuma (halal muat-turun). Tetapi nak cari tu susah sikit sebab permainan doujin ni banyak setiap tahun ada yang baru, dan otaku Jepun ramai yang pandai cipta permainan dan melukis.
Selepas balik dari CF haritu penulis terdengar tentang satu game yang bernama Vanguard Princess.
Bukanlah permainan terbaru tetapi keluaran tahun 2009. Semenjak penulis tinggalkan hobi susah benar nak bersembang dengan pro tentang dojin terkini. Tetapi tak kisah asalkan ada cerita.
Berbalik kepada permainan tadi, Vanguard Princess ialah sejenis permainan jenis gaduh, lebih kurang macam permainan SNK Playmore. Untuk bermain kita kena pilih seorang princess (karakter utama), dan seorang lagi adik sebagai pembantunya. Setiap karakter ada dipaparkan semua special moves, jadi tak pening kepala kita nak fikir bagaimana nak Ha-Do-Ken. Ciri animasinya ialah Anime teenagers yang comel dan barang yang baik . Dari segi kepermainan pula OK. Boleh la layan sekejap melepaskan tensen di ofis. Jumlah karakter semua tak banyak, dalam 10 orang rasanya. Nak habiskan Easy Mode ambil masa kurang dari 15 minit. Dan yang paling best sekali ialah kualiti animasi resolusi tingginya yang smooth gitu, seperti di bawah. "Berbaloi-baloi"lah untuk permainan yang free full version.
Yang tak berkenan cuma suara-suara nyaring di situ. Realistik benar rasanya. Demikian penulis terfikir tentang hakikat, bila budak-budak perempuan bergaduh tak banyak moves yang kita nampak selain dari tarik-tarik rambut dan berguling-gelong, tetapi, dia punya riuh... mak aii, bangeet!
---
Keperluan sistem ialah Windows XP dan ke atas. Pastikan dah install dan default-kan sistem anda kepada bahasa Jepun dalan Regional Settings.
Micheal Jackson's Thriller gone 8-bit In Forum: Download Browser Posted on Sun Nov 22, 2009 1:54 pm By eek-1
The other day I saw 8TV previewing what seemed to be a Famicom version of Thriller video clip; Chippy upbeat, albeit too short (55 secs vs original > 5 mins) :
Resident Evil 5 (dan SFIV) bakal menghantui PC In Forum: Gamers Heaven Posted on Fri May 08, 2009 4:16 am By eek-1
Dengar khabarnya Capcom akan keluarkan PC-port untuk Resident Evil 5 dan sekarang ni sedang dalam produksi. Tak pasti bila tarikh akan keluar. Khabar angin sepoi-sepoi bahasa orang Perak memberitahu game ni akan keluar bulan 5 atau 7. Capcon sekadar 'konfem' akan keluar dalam tahun ni, disamping boleh main co-op, dan boleh sapot Nvidia 3D-Vision. Tetapi bagi penulis apa yang paling penting untuk PC game macam ni kena pakai mouse utk aiming baru la best.
---
Tambahan:
Street Fighter 4 pun nak keluar PC jugak. Waw! Sekian lama sejak SF2 Turbo. Tapi mana Street Fighter 3, takkan bleh main kut MAME je? Read More
X-Blades In Forum: Gamers Heaven Posted on Tue Apr 21, 2009 7:06 am By eek-1
"Chaos Legion" - Demikianlah permainan yang terbayang oleh penulis kali pertama bermain X-Blades. Belum masuk stage nak bertarung dengan boss kedua, penulis dah menguap rasa nak tekan [Alt]+[F4].
Penulis rasa X-Blades ni ada potensi untuk jadi permainan yang best. Tetapi disebabkan musuh dalam stage-nya yang terlalu banyak, dan setiap platoon walaupun 'cikar' memakan masa lebih 2 minit untuk dihapuskan dan kemudian keluar pulak platoon seterusnya, permainan ini terus menjadi lebih bosan dari mencuci pinggan.
Itulah problemnya. Masuk level baru, mula stage 1, musuh dah keluar berkerumun. Cincang punya cincang ingat dah habis... Keluar lagi. lawan lagi. Masuk stage 2, benda sama lagi... -__-
OK. Dah cerita tentang masalah game ni, kita cerita bab rating.
Grafik (4.0)
Latarbelakang penuh warna-warni dan karakter style macam Anime. Kualiti 3D boleh kata OK. Simple. Rasanya PC single core dengan kad grafik 3D yang biasa-biasa boleh main ni. Ayumi mungkin nampak lebih menggiurkan dari Konoko dalam Oni. Tapi dari segi skill tembak & gaya lawan, sorry to say.
Audio (2.0)
Sound FX OK. Lagu tema untuk intro diambik dari lagu yang gagal masuk carta top-50 X-Fresh FM. Lagu backdrop pulak kadang-kadang heavy metal, kejap-kejap ada techno pop.
Suara watak takyah ceritalah. Macam tengok katun jepun dubbed English.
Cerita (1.5)
Penulis tak tau sangat macamana plot dan jalan ceritanya, sebab kebanyakan masa bermain, fokus penulis telah 'diganggu' oleh visual Ayumi yang agak..ehem, menarik.
Apa yang penulis ingat yelah, Ayumi ni seorang 'Tomb Raider' yang materialistik. Dia telah berjumpa satu artifak ajaib yang dijaga oleh sekor singa yang kedekut. Entah macamana dia sempat menyentuh artifak tersebut, menyebabkan sebahagian kuasa ajaib tu masuk ke dalam badan. Akibatnya singa dan konco-konconya tu bertindak bermusuhan dengan dia. =(
Mekanisma Permainan (2.0)
Seperti yang telah disebutkan seperti yang tersebut diatas disana disitu, permainannya melibatkan banyak aksi berlari keliling padang sambil memetik butang kiri & kanan mouse non-stop. Ada jugak diselitkan sedikit platform puzzle, tapi tak ada yang kompleks dan hebat macam Tomb Raider ataupun PoP.
Kesimpulan (2.0)
Jangan ditipu dengan cover game yang serba seksi. Akibatnya anda mungkin tak seronok main game sebaliknya lebih seronok dengan hobi baru mencuci pinggan dan sudu.
秒速5センチメートル aka 5 cm per second: I watched this recently and was blown away by its beauty. A bitter sweet love story told in 3 parts; this movie examines in turn the concepts of distance: physical, temporal, and emotional. Due to circumstance, a boy and a girl become close to each other for the first time, and then become separated. You just hope that they will get back again in the end but become resigned that they will eventually find their own happiness and closure without each other. Such is the aching beauty of first love: joyful yet sometimes painful, fulfilling yet fleeting; something to treasure always and yet must put behind. This is the sort of anime you watch on a cold night, snuggled up in a warm blanket with a mug of warm coffee in hand.
Recca9 : From the Wind P3: The Fool Just as I came back home late Sunday, I realized that the phone line was completely dead, hence I’ve been missing from the internets for the past week. Gah. Hopefully the contractor will finally get to doing repairs in a few days. The entire week was wasted for Telecom people and the contractor came to [...]
Eek-1 : This and That // Here and There Lawak Artis M’sia 1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
KUMPULAN BAJI
2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan sebab guna noktah kat depan ayat.
TITEK PUSPA
3) Penyanyi yang paling demand.
HETTY COST ENDANG
4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.
KUMPULAN SPIN
5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)
6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.
O.A.G (Orang Asli Gombak)
7) Kumpulan yang [...]