Falcom's Ys I & II Complete [English translated] By eek-1 Published on 1 September 2005
Emm.. review aku ni kurang lengkap. Tapi aku post je lah dulu.
Mukadimah:
Ys I & II Complete - Ancient Ys Vanished Omen, ataupun "Petanda Ys Purba yang Hilang", adalah antara permainan RPG bersiri terawal oleh Falcom pada 1987. Siri Ys ini masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Siri terbaru yang berjudul "THE ARK OF NAPISHTIM" telah dikeluarkan utk konsol PS2 kalau tak silap penulis. Demi membawa semua koleksi cerita Ys ini bersama, Falcom telah memperbaharui dan membawa Ys I & II kepada beberapa generasi komputer dan konsol, dan kini ke platfom PC CD/DVD-ROM.
============== Jalan Cerita ==============
Permulaan permainannya samalah macam kebanyakan RPG yang lain; hero bangun dari katil, keluar bercakap-cakap dengan orang-orang kampung sebelum memulakan pengembaraannya untuk mencari matlamat hidup _disamping_ menyelamatkan dunia daripada ancaman makhluk-makhluk jahat dan rasaksa. Bezanya sedikit cuma si hero ini bangun dari katil hospital.
Kisahnya bermula dengan suatu bencana ribut besar yang melanda laut di sekeliling kepulauan Esteria. Bencana itu berterusan berhari-hari hinggakan tidak siapa pun yang boleh keluar masuk kepulauan tersebut. Sehinggalah pada satu hari seorang hero bernama Adol telah menyahut cabaran Fear Factor ini. Dia cuba belayar merentasi tetapi gagal. Dia terhanyut ke pulau tersebut dan di situ dia diselamatkan. Setelah selesai dirawati HP-nya, Adul yg tersangkut di pulau serta separa amnesia itu disarankan oleh orang kampung untuk berjumpa dengan seorang tukang tilik yang sudah pun ramal akan kedatangannya.
Maka bermulalah pengembaraan Adol di Esteria yang penuh misteri dan aksi pancung-memancung, bergebang-gebang, setelkan kerja-kerja orang, cari-mencari harta karun dan sebagainya. Sedikit demi sedikit misteri fenomena alam ini dibongkarkan oleh Adol sehinggalah beliau mendapati semua ini satu konspirasi.
Kisah Ys II pula bermula sejurus selepas Ys I berakhir. Adol yang baru lepas menewaskan Final Boss telah men-teleport-kan (teleport dlm bahasa Melayu apa eh?) dirinya ke dunia Ancient Ys yang terletak di atas awan. Di sana dia lagi sekali terbangun.. atas riba awek >D
=========== Ciri-ciri ===========
Ys I dan II adalah permainan RPG lama tahun 80an. Jadi tak perlu diharapkan benda-benda yang pening kepala seperti "materia junction", "armor component upgrade" atau seumpamanya. Apa yang dibekalkan termasuklah sistem senjata yang mudah, jual-beli dan inventori. Berkenaan dengan adegan pertarungan, Adol hanya perlu menerpa musuh dan dia akan berlawan dengan sendiri dan pertarungan akan selesai dalam masa lebih kurang dua-tiga saat. Apa yang perlu dikawal hanyalah sudut dan arah dia menerpa. Maknanya kalau dia serang belakang, ada 'can' dia tak tercedera langsung sepanjang pertarungan. Tapi kalau depan-depan memang susah la, silap-silap Adol boleh tercampak ke belakang.
Ys II pula memperkenalkan beberapa elemen baru yang sangat menarik di dalam permainannya. Antaranya ialah Adol boleh membuat 'magic', bertukar rupa, bercakap dengan haiwan, bersedekah, malahan mengayat awek. Semua ini menambahkan ciri interaktif dalam permainannya.
Dari segi grafik dan audio, dated-nya tidak jauh daripada permainan konsol 16-bit; Hanya 2D dan stereo. Tetapi apa yang menge-best-kannya ialah kualiti 2D-nya yang beresolusi tinggi serta penuh animasi.
==================== Di mana nak dapat? ====================
Ys I & II Eternal Complete CD-ROM boleh diperolehi di SaturnTorrents. Versi ini mengandungi set lengkap cerita Ancient Ys Vanished, disamping Ys Complete Works CD yang mengandungi Ys I - V beserta Emulator-nya.
Gambar versi emulator boleh ditengok di sini -- http://www.mobygames.com/game/ys-ii-ancient-ys-vanished-the-final-chapter/screenshots
English Patch lengkap pula boleh dimuat-turun dari RIGG -- http://rigg.arrowsmash.com/translations/yscomplete/
Nak dapatkan salinan CD daripada si penulis ni pun boleh
===== Bes ===== - 2 siri dalam 1. - Ilustrasi anime resolusi tinggi dan latarbelakang beranimasi. - Jalan cerita dan plot yang senang faham. "Simple & Straight-to-the-point" lah kata orang putih. - Sistem persenjataan dan inventori yang mudah. - Muzik latarbelakang yang menarik. Penulis paling minat melodi tema Ys. Enchanted! - Penamat ("ending") Ys II yang amat puas hati! :ibu jari ke atas:
========= Tak Bes ========= - Setiap satu siri amatlah pendeknya. Kalau main sehari semalam pun boleh habis. - Bahan inventori kebanyakannya hanya dipakai sekali-dua. - Sikit sangat "optional quest".
============== Pendek kata: ============== Aku memang minat Ys I & II ni. Rasanya berkali ganda lagi best daripada Brave Soul Bishoujo RPG tu. Sekali main memang terus sampai habis. Berbaloi la aku 'donlod' seminggu lebih.
Discuss this article in the Forum!
|