Login Panel
|
|
|
Recent Articles
|
|
Chatterbox
|
eek-1 Salam Aidilfitri maaf zahir n batin semua
bezicto @degeng ye ke.. aku dah lupo. haha
Clow Knight Huhu... kerja aku hampir 80% setel... Boleh la rilek sekejab.
eek-1 La la la la la hari nie cuti

deGenG aku masih berhutang 2 keping DVD ngan bezicto, harap maklum
eek-1 alamak mesej x kuar
Clow Knight hahaha... best best. Jangan lingkup gitar tu udah le yop. Hahaha
Laguna Loire Try la Rock band plak. Siap drum pun ada woo. Tp satu set ori dekat RM500 gak ler.,
eek-1 Best gile gitar hero. Aku belasah gitar ang wat goreng Cliffs of Dover... 100% notes hit hahaha
eek-1 ko nk turun serdang lagi tahun baru ni ke clow?
Sorry, your account does not have access to submit information.
View Message History
|
|
|
|
Ys Origin -- prebiu By eek-1 Published on 28 November 2006
Dipetik dari artikel "Inggerish" == http://translate.google.com/translate?hl=en&sl=ja&u=http://www.falcom.co.jp/yso/secret/yso-secret.html
Episod Ys Origin (YsO) bermula 700 terdahulu, yakni zaman sebelum Ys I. Episod ini ialah berkenaan kejatuhan kingdom of Ys.
Alkisah
 
Ia menceritakan tentang bala tentera Sauron.. err, syaitan yang telah menyerang dan menakluki Y's Kingdom. Demi menyelamatkan kerajaan Ys, para dewa (bukan Dewa19 btw) bersama enam anggota paderi mereka telah menggunakan kuasa yang dipanggil The Black Pearl untuk mengangkat dan menerbangkan kota mereka, Solomon Shrine, ke langit dengan selamat. Walaubagaimanapun syaitan di bumi tidak berdiam diri. Mereka yang mampu terbang telah bertindak memasuki kota tersebut. Manakala yang lain, bersama para arkitek mereka yang gila, telah cuba membina sebuah menara pencakar langit yg mengalahkan KLCC, demi mencapai kota terapung Solomon Shrine itu. Dan dengan demikian krisis itu berlarutan...
Sehinggalah pada suatu hari, dua dewi yang berpengaruh iaitu Reah dan Feena telah hilang.
 Feena & Reah ialah watak yg sering muncul dalam siri Ys, termasuk versi Anime.
Entahlah samada mereka diculik atau melarikan diri, rakyat jelata di kota telah didatangi keresahan. Para paderi telah pun bermesyuarat dan membuat keputusan; Untuk operasi mencari dan menyelamat kedua-dua dewi tersebut, mereka telah memilih dua orang candidate muda iaitu seorang tukang sihir dan seorang lagi holy knight untuk turun ke bumi, mencari di utopia terdahulu mereka yang kini telah dijajahi syaitan.
Seluruh kerajaan Ys bersama rakyat jelata telah meletakkan harapan seberat gunung ke atas bahu kedua orang 'budak-budak' ini. Maka dengan itu bermulalah lagenda pengembaraan mereka.
 Cuba teka yang mana satu magician/alchemy, yang mana satu knight? Yang mana satu pulak Dutch Lady?
Protagonis / Watak Pemain
Dalam permainan Ys Origin, pemain mungkin berpeluang untuk memilih salah seorang ataupun kedua-dua protagonis serentak. Setiap seorang mempunyai jalan cerita tersendiri dan perspektif mereka juga mungkin tak sama dalam sesetengah plot.
Yunika Toba: Seorang wanita yang jujur daripada keturunan Toba (yang juga di kalangan paderi) . Walaupun dia mempunyai bakat semulajadi dalam al-kimia/magic, dia sebenarnya lebih berminat kepada ketenteraan dan berlawan senjata. Dia telah memperolehi Masters dalam Temple Knight, dan kemudiannya melibatkan diri dalam operasi ini. Yunika telah memilih kapak sebagai senjata utamanya. Walaupun logiknya kapak hanya lebih berguna sebagai alat untuk membelah kayu api dan menebang pokok, namun Yunika lebih berminat menggunakannya untuk menebang syaitan dan membaling ke arah binatang yang suka menyalak.
Hugo Fukt: Ialah anak kepada Cain Fukt, seorang daripada paderi. Walaupun usianya yang sangat muda, dia sangat bijak dan mahir dalam bidang magic. In 'fukt' (fact), dia juga telah mencipta ilmu magic-nya sendiri yang dipanggil "The Eye of Fact". Entah apa sebenarnya The Eye of Fact ini penulis pun tidak tahu. Cuma penulis fikir magic ini mungkin gunanya untuk melihat fakta disebalik. Misalnya untuk menentukan HP/MP, keboleh dan kelemahan musuh, mengetahui jawapan soalan peperiksaan, mengagak tepat body measurements, dan sebagainya.
Pautan dll
Trailer ataupun lori = http://www.youtube.com/watch?v=qGsWSILaYXk Laman rasmi = http://translate.google.com/translate?u=http://www.falcom.com/yso&langpair=ja%7Cen
Ys Origin bakal keluar pada 21/12/2006. Versi English taktau bila nak keluar, mungkin sangat lambat. Tapi penulis tak kisah, janji ada old-skool Anime RPG yang best untuk dimain. Ys I-IV & VI dah biasa main sampai habis, rasanya tak susah kalau nak khatam YsO versi Jepun ni.
Sekian. ~Peminat Falcom.
Discuss this article in the Forum!
|
|
|