Login Panel
Username:
Password:
Remember Me

Not registered?
Register now!

Forgot your password?
Recent Articles
Episod Terakhir Doraemon

Texhnolyze [Anime Download]

Ys Origin -- prebiu

Ys - The Oath in Felghana

Speedy Review #1 : Suzuka | FMA : Conqueror of Shambala | FA

Anime Review #5 : Shingetsutan Tsukihime

Xanadu Next
Chatterbox
eek-1
La la la la la hari nie cuti


deGenG
aku masih berhutang 2 keping
DVD ngan bezicto, harap maklum

eek-1
alamak mesej x kuar

Clow Knight
hahaha... best best. Jangan
lingkup gitar tu udah le yop.
Hahaha

Laguna Loire
Try la Rock band plak. Siap
drum pun ada woo. Tp satu set
ori dekat RM500 gak ler.,

eek-1
Best gile gitar hero. Aku
belasah gitar ang wat goreng
Cliffs of Dover... 100% notes
hit hahaha

eek-1
ko nk turun serdang lagi tahun
baru ni ke clow?

Clow Knight
Oh.. hope you did have great
time at CF, Oro. Next year
kita jumpa lagi ok?

or0
naik lrt n komuter je senang..
tapi time balik macam sardin..
thanks to clow cause belanja
tike CF, thanks to eek-1 cause
belanja KFC.. thanks, thanks,
thanks!

bezicto
betul. benda2 riot macam tu
menyusahkan orang lain je..

Sorry, your account does not have access to submit information.

View Message History
Ys Origin -- prebiu
By eek-1
Published on 28 November 2006

Dipetik dari artikel "Inggerish" == http://translate.google.com/translate?hl=en&sl=ja&u=http://www.falcom.co.jp/yso/secret/yso-secret.html

Episod Ys Origin (YsO) bermula 700 terdahulu, yakni zaman sebelum Ys I.  Episod ini ialah berkenaan kejatuhan kingdom of Ys.


Alkisah



Ia menceritakan tentang bala tentera Sauron.. err, syaitan yang telah menyerang dan menakluki Y's Kingdom.  Demi menyelamatkan kerajaan Ys, para dewa (bukan Dewa19 btw) bersama enam anggota paderi mereka telah menggunakan kuasa yang dipanggil The Black Pearl untuk mengangkat dan menerbangkan kota mereka, Solomon Shrine, ke langit dengan selamat.  Walaubagaimanapun syaitan di bumi tidak berdiam diri.  Mereka yang mampu terbang telah bertindak memasuki kota tersebut.  Manakala yang lain, bersama para arkitek mereka yang gila, telah cuba membina sebuah menara pencakar langit yg mengalahkan KLCC, demi mencapai kota terapung Solomon Shrine itu.  Dan dengan demikian krisis itu berlarutan...

Sehinggalah pada suatu hari, dua dewi yang berpengaruh iaitu Reah dan Feena telah hilang.


Feena & Reah ialah watak yg sering muncul dalam siri Ys, termasuk versi Anime.

Entahlah samada mereka diculik atau melarikan diri, rakyat jelata di kota telah didatangi keresahan.  Para paderi telah pun bermesyuarat dan membuat keputusan;  Untuk operasi mencari dan menyelamat kedua-dua dewi tersebut, mereka telah memilih dua orang candidate muda iaitu seorang tukang sihir dan seorang lagi holy knight untuk turun ke bumi, mencari di utopia terdahulu mereka yang kini telah dijajahi syaitan.

Seluruh kerajaan Ys bersama rakyat jelata telah meletakkan harapan seberat gunung ke atas bahu kedua orang 'budak-budak' ini.  Maka dengan itu bermulalah lagenda pengembaraan mereka.


Cuba teka yang mana satu magician/alchemy, yang mana satu knight?
Yang mana satu pulak Dutch Lady?



Protagonis / Watak Pemain

Dalam permainan Ys Origin, pemain mungkin berpeluang untuk memilih salah seorang ataupun kedua-dua protagonis serentak.  Setiap seorang mempunyai jalan cerita tersendiri dan perspektif mereka juga mungkin tak sama dalam sesetengah plot.

Yunika Toba: Seorang wanita yang jujur daripada keturunan Toba (yang juga di kalangan paderi) .  Walaupun dia mempunyai bakat semulajadi dalam al-kimia/magic, dia sebenarnya lebih berminat kepada ketenteraan dan berlawan senjata.  Dia telah memperolehi Masters dalam Temple Knight, dan kemudiannya melibatkan diri dalam operasi ini.  Yunika telah memilih kapak sebagai senjata utamanya.  Walaupun logiknya kapak hanya lebih berguna sebagai alat untuk membelah kayu api dan menebang pokok, namun Yunika lebih berminat menggunakannya untuk menebang syaitan dan membaling ke arah binatang yang suka menyalak.

Hugo Fukt: Ialah anak kepada Cain Fukt, seorang daripada paderi.  Walaupun usianya yang sangat muda, dia sangat bijak dan mahir dalam bidang magic.  In 'fukt' (fact), dia juga telah mencipta ilmu magic-nya sendiri yang dipanggil "The Eye of Fact".  Entah apa sebenarnya The Eye of Fact ini penulis pun tidak tahu.  Cuma penulis fikir magic ini mungkin gunanya untuk melihat fakta disebalik.  Misalnya untuk menentukan HP/MP, keboleh dan kelemahan musuh, mengetahui jawapan soalan peperiksaan, mengagak tepat body measurements, dan sebagainya.


Pautan dll

Trailer ataupun lori = http://www.youtube.com/watch?v=qGsWSILaYXk
Laman rasmi = http://translate.google.com/translate?u=http://www.falcom.com/yso&langpair=ja%7Cen

Ys Origin bakal keluar pada 21/12/2006.  Versi English taktau bila nak keluar, mungkin sangat lambat.  Tapi penulis tak kisah, janji ada old-skool Anime RPG yang best untuk dimain. Ys I-IV & VI dah biasa main sampai habis, rasanya tak susah kalau nak khatam YsO versi Jepun ni.


Sekian.
~Peminat Falcom.


Discuss this article in the Forum!