Anime Review #1 : Speed Grapher By bezicto[kernelcored] Published on 22 October 2005
Ok. Sebenarnya aku baru habih tengok anime Speed Grapher beberapa minit sebelum aku tulis review nih. So, pertamanya ialah anime nie mengisahkan seorang jurugambar professional bernama Saiga Tatsumi (seiyuu : Takada Yuji) yang tiba2 mendapat kuasa untuk memusnahkan apa2 benda menggunakan kameranya setelah terlibat dengan satu insiden semasa membuat laporan mengenai kelab rahsia yang melibatkan ahli2 parlimen Jepun. Insiden tersebut sebenarnya hampir meragut nyawa die tapi dengan kuasa tersebut dia berjaya lepaskan diri. Cerita nie sebenarnya lebih kepada cerita politik yang korup di Jepun di mana wang menjadi segala-galanya dalam kehidupan. Sepanjang cerita nie, hubungan kompleks yang melibatkan Saiga dan seorang perempuan yang disebut sebagai Goddess dalam cerita nie yang inginkan kebebasan, dengan bantuan Saiga meloloskan diri daripada organisasi kelab rahsia tersebut. Gadis tersebut adalah Tennousu Kagura (seiyuu : Saito Kei) yang sebenarnya menjadi nadi cerita Speed Grapher nih... Dia dikatakan punca bagi semua insiden2 aneh dan kuasa2 aneh yang terdapat pada setiap watak 'orang jahat' yang ada dalam cerita nih... Overall aku tengok, cerita nie mempunyai jalan cerita yang mantap dan bagi aku daripada episode 1 sehingga episode terakhirnya ialah satu cerita panjang atau lebih tepat lagi aku lebih suka sebut ialah sebagai satu filem. Melihat satu episode selepas episode yang lain adalah satu ketagihan sebab korang mesti tertanya2 apa akan berlaku selepas itu dll.. Dan dalam cerita tersebut jugak ada nilai2 dalam masyarakat hari nie diceritakan.. macam aku cakap awal2 tadi.. dalam cerita nie.. wujudnya kelompok yang melihat duit adalah segala2nya sehinggakan nyawa juga dinilaikan dengan duit.. untuk keterangan lanjut boleh tonton cerita nie yang difansubkan oleh Shinsen-subs. oho, lupa... untuk sapa2 yang mudah terasa, cerita nie ada sedikit2 adegan2 yang tak sepatutnya ditonton oleh budak2 sekolah tadika, kebangsaan dan menengah yang belum cukup umur.. jugak cerita nie jugak cerita berat di mana semua teks memainkan peranan untuk difahami oleh para penontonnya... kalu korang nak carik keseronokan dalam menonton, cerita ni bukan untuk korang.. cerita nie untuk orang yang banyak berfikir.. Jalan Cerita : 4.5 drp 5 bintang Nilai untuk dikumpul : 5 drp 5 bintang Kepuasan di akhir cerita : 5 drp 5 bintang dan bagi yang tertanya2... ending anime(jalan cerita episode penutup) nie adalah yang kedua terbaik untuk tahun nie yang aku tengok selepas anime Mai-Hime yang sekarang masih menduduki tahap tertinggi ending terbaik aku...
Link #1 : http://www.animenfo.com/animetitle,1650,bjjpae,speed_grapher.html Link #2 : http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime.php?id=4579 Discuss this article in the Forum!
|