Login Panel
Username:
Password:
Remember Me

Not registered?
Register now!

Forgot your password?
Recent Articles
Episod Terakhir Doraemon

Texhnolyze [Anime Download]

Ys Origin -- prebiu

Ys - The Oath in Felghana

Speedy Review #1 : Suzuka | FMA : Conqueror of Shambala | FA

Anime Review #5 : Shingetsutan Tsukihime

Xanadu Next
Chatterbox
eek-1


Clow Knight


Laguna Loire


eek-1


eek-1


Clow Knight


or0


bezicto


Clow Knight


eek-1


Sorry, your account does not have access to submit information.

View Message History
JDorama Review #1 : H2
By bezicto
Published on 29 November 2005

Diadaptasi dari manga/novel oleh Mitsuru Adachi dan dibawa ke anime terlebih dahulu kemudiannya ditukar ke format drama tv. tapi siri anime dia tak bertahan lama sebab hampeh.

so, aku nak cipta kelainan sket hari ni. aku nak review JDorama H2. actually aku baru je habih tengok. he he.. aku suka betul pada Satomi Ishihara.. kawaii...



ok. enough of that. teruskan.

Tajuk : H2~Kimi to itahibi
Ditayangkan di Jepun antara tarikh 2005-01-13 sehingga 2005-03-24.
Ada 11 episod dan ditonton oleh hampir 11.6% daripada warga Jepun setiap pagi.

Hiro Kunimi (pelakon : Takayuki Yamada) adalah seorang picther di sekolah menengah rendahnya sehinggalah dia terpaksa berhenti apabila didiagnos oleh doktor yang mengatakan dia ada mengalami keretakan tulang siku. So, dia abandon permainan besbol yang diminatinya dan seterusnya memasuki sekolah menengah tinggi Senkawa dan menyertai pasukan bolasepak.

Tetapi nak buat macamana, minatnya terhadap besbol masih tak luntur. sehinggalah dia bertemu dengan Haruka Koga (pelakon : Satomi Ishihara) yang ketika itu ialah pengurus pasukan besbol sekolah tersebut yang mahu menghidupkan kembali kelab besbol.

Seterusnya kisah ini mengisahkan tentang matlamat pasukan besbol Sek.Men.Tin. Senkawa berusaha membentuk pasukan yang mantap untuk pergi ke perlawanan pusingan akhir, Koshien yang merupakan gelanggang besbol berprestij untuk pasukan besbol sekolah menengah tinggi. pelbagai cabaran le diaorang temui sebelum berjaya.

Rival kepada si Hiro nie dan jugak kawan karibnya sendiri, Hideo Tachibana (pelakon : Koutaro Tanaka) juga adalah pemain besbol terkenal yang berposisi pemukul utama pasukannya iaitu Sek.Men.Tin. Meiwa.
Pertembungan mereka berdua yang merupakan kawan karib juga disertai oleh kawan karib si Hiro dan juga kekasih kepada Hideo iaitu Hikari Amamiya (Yui Ichikawa).

Dalam setiap episod, Haruka mendapati dirinya suka dan semakin mempunyai perasaan cinta kepada Hiro yang selama ini hanya meletakkan besbol sebagai matlamat hidupnya.

Perjalanan episode tidak begitu laju dan tidak begitu perlahan dan suasana serta soundtrack yang didendangkan di semua episode dan babak adalah yang terbaik.

Genre cerita ini yang pada episode mula2nya lebih kepada sukan sedikit demi sedikit berubah menjadi love comedy dan romantic comedy dipertengahan musim di samping hubungan kekeluargaan antara watak2 yang juga diketengahkan di mana keluarga Hiro, Hideo, Haruka dan Hikari juga ditampilkan.

Setiap episod juga merupakan episode yang baik dan tiada kekeliruan timbul selagi penonton faham bahasa jepun dan subtitle yang disediakan :p


Jalan Cerita : 4.9/5
Nilai sebagai koleksi : 5/5
Kepuasan di akhir cerita : 5/5
Link : http://jdorama.com/drama.856.htm

Kesimpulan : Dapatkan cerita ini di Speedy Video berdekatan anda pada harga RM35.00. Best giler.

Ahh... Satomi Ishihara-chan... anata ga daisuki yo!!!

Discuss this article in the Forum!