RegisterSearchFAQMemberlistUsergroups
Reply to topic Page 1 of 1
X-Blades
Author Message
Reply with quote
Post X-Blades 


"Chaos Legion" - Demikianlah permainan yang terbayang oleh penulis kali pertama bermain X-Blades.  Belum masuk stage nak bertarung dengan boss kedua, penulis dah menguap rasa nak tekan [Alt]+[F4].

Penulis rasa X-Blades ni ada potensi untuk jadi permainan yang best. Tetapi disebabkan musuh dalam stage-nya yang terlalu banyak, dan setiap platoon walaupun 'cikar' memakan masa lebih 2 minit untuk dihapuskan dan kemudian keluar pulak platoon seterusnya, permainan ini terus menjadi lebih bosan dari mencuci pinggan.



Itulah problemnya.  Masuk level baru, mula stage 1, musuh dah keluar berkerumun.  Cincang punya cincang ingat dah habis... Keluar lagi.  lawan lagi.  Masuk stage 2, benda sama lagi... -__-

OK.  Dah cerita tentang masalah game ni, kita cerita bab rating.

0 = Worstess | 5 = Awesoemness! (incidental spelink mistake)

Grafik (4.0)
Latarbelakang penuh warna-warni dan karakter style macam Anime.  Kualiti 3D boleh kata OK.  Simple.  Rasanya PC single core dengan kad grafik 3D yang biasa-biasa boleh main ni.  Ayumi mungkin nampak lebih menggiurkan dari Konoko dalam Oni.  Tapi dari segi skill tembak & gaya lawan, sorry to say.

Audio (2.0)
Sound FX OK.  Lagu tema untuk intro diambik dari lagu yang gagal masuk carta top-50 X-Fresh FM.  Lagu backdrop pulak kadang-kadang heavy metal, kejap-kejap ada techno pop.

Suara watak takyah ceritalah.  Macam tengok katun jepun dubbed English.

Cerita (1.5)
Penulis tak tau sangat macamana plot dan jalan ceritanya, sebab kebanyakan masa bermain, fokus penulis telah 'diganggu' oleh visual Ayumi yang agak..ehem, menarik.

Apa yang penulis ingat yelah, Ayumi ni seorang 'Tomb Raider' yang materialistik.  Dia telah berjumpa satu artifak ajaib yang dijaga oleh sekor singa yang kedekut.  Entah macamana dia sempat menyentuh artifak tersebut, menyebabkan sebahagian kuasa ajaib tu masuk ke dalam badan.  Akibatnya singa dan konco-konconya tu bertindak bermusuhan dengan dia. =(



Mekanisma Permainan (2.0)
Seperti yang telah disebutkan seperti yang tersebut diatas disana disitu, permainannya melibatkan banyak aksi berlari keliling padang sambil memetik butang kiri & kanan mouse non-stop.  Ada jugak diselitkan sedikit platform puzzle, tapi tak ada yang kompleks dan hebat macam Tomb Raider ataupun PoP.


Kesimpulan (2.0)
Jangan ditipu dengan cover game yang serba seksi.  Akibatnya anda mungkin tak seronok main game sebaliknya lebih seronok dengan hobi baru mencuci pinggan dan sudu.



View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:
Reply to topic Page 1 of 1
You can post new topics in this forum
You can reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum