RegisterSearchFAQMemberlistUsergroups
Reply to topic Page 1 of 1
Vanguard Princess
Author Message

Reply with quote
Post Vanguard Princess 
Rata-rata permainan doujin Jepun yang kita nampak dan main semuanya sama; Samada segi jenis permainan, dialog panjangnya, para wataknya (99% awekz 1% mamat), suaranya yg budak comey gitu, muzik J-Rock nya dan sebagainya.  Tetapi dalam purata mungkin ada satu-dua yang berkualiti.  Tambahan pula percuma (halal muat-turun).  Tetapi nak cari tu susah sikit sebab permainan doujin ni banyak setiap tahun ada yang baru, dan otaku Jepun ramai yang pandai cipta permainan dan melukis.

Selepas balik dari CF haritu penulis terdengar tentang satu game yang bernama Vanguard Princess.  







Bukanlah permainan terbaru tetapi keluaran tahun 2009.  Semenjak penulis tinggalkan hobi susah benar nak bersembang dengan pro tentang dojin terkini.  Tetapi tak kisah asalkan ada cerita.  Cool

Berbalik kepada permainan tadi, Vanguard Princess ialah sejenis permainan jenis gaduh, lebih kurang macam permainan SNK Playmore.  Untuk bermain kita kena pilih seorang princess (karakter utama), dan seorang lagi adik sebagai pembantunya.  Setiap karakter ada dipaparkan semua special moves, jadi tak pening kepala kita nak fikir bagaimana nak Ha-Do-Ken.  Ciri animasinya ialah Anime teenagers yang comel dan barang yang baik Twisted Evil.   Dari segi kepermainan pula OK.  Boleh la layan sekejap melepaskan tensen di ofis.  Jumlah karakter semua tak banyak, dalam 10 orang rasanya.  Nak habiskan Easy Mode ambil masa kurang dari 15 minit.  Dan yang paling best sekali ialah kualiti animasi resolusi tingginya yang smooth gitu, seperti di bawah.  "Berbaloi-baloi"lah untuk permainan yang free full version.

        
Link


Yang tak berkenan cuma suara-suara nyaring di situ.  Realistik benar rasanya.  Demikian penulis terfikir tentang hakikat, bila budak-budak perempuan bergaduh tak banyak moves yang kita nampak selain dari tarik-tarik rambut dan berguling-gelong, tetapi, dia punya riuh... mak aii, bangeet!

---

Keperluan sistem ialah Windows XP dan ke atas.  Pastikan dah install dan default-kan sistem anda kepada bahasa Jepun dalan Regional Settings.

Permainan boleh dimuat-turun kat sini: http://suge9.blog58.fc2.com/blog-entry-21.html (Klik kat butang yang bertulis "Vector blabla Download".  Kemudian klik kat butang biru yang ada ikon disket).

View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger

Reply with quote
Post  
salam,

aku dah donlot, dah install, tapi takleh main..

dah tuka regional settings jepun pon takleh...

ade tak tool yg boleh switch ke bahasa lain dengan senang?

sebab lepas aku tukar ke jepun, game sfIV aku pon jadi bahse jepun....

pastu aku format.. haha

sekian tq..

btw aku pakai win7 ultimate 64

View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:
Reply to topic Page 1 of 1
You can post new topics in this forum
You can reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum